Pengikut

Rabu, September 30

SALAM LEBARAN.....

lamanye ummi tak update post yang terbaru...al maklum nak menyambut raye. selalunya raya ummi la yang paling buzy coz sume kita yang arrange. dari baju raye, kuih raye, rumah raye dan macam2 raye lagi la. sampai nak mengadap laptop kesayangan pun tak sempat. arini baru start puasa 6. harap2 dapat la cukupkan. dulu masa ummi nak kawin dengan abi, ummi tempuh macam2 dugaan tapi berkat puasa 6 syawal ni la doa ummi nak kawin dengan abi termakbul. masa puasa 6 tu setiap kali nak buka puasa, ummi doa pada ALLAH mintak dipermudahkan jodoh ummi ngan abi. masa puasa hari yang last(ke 6) tu, ummi doa sampai menangis mintak pd NYA. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. so kalau ada sesiapa berhajat pada sesuatu, doa dan mintak pada ALLAH mudah2an dimakbulkan......sesungguhnya Allah sangat suka bila hambanya meminta dengan bersungguh2....ya...habibi.....

Rabu, September 9

4 yang perfect....


salam, lama juga ummi tak update diary ummi ni.....ok lah. arini ummi nak cerita plak pasal orang no 4. si 4 ni orangnya sangat praktikal. tak suka cakap kosong. terlalu detail dalam sesuatu perkara dan fokus. si 4 ni ada sikit degil la dan old fashion. suka keadilan( bukan PKR tau ) dan kesempurnaan. apa yang perlu di "renovate" si 4 ni ialah kuat cemburu, iri hati dan kedekuuuut.
elemen si 4 ni kayu. orang yang bole kontrol si kayu ni adalah si besi. haaaaa.....sapa yang elemen besi kalau dapat si kayu ni bergembiralah sebab korang bole kontrol dia cukup2. ummi cuma share apa yang ummi tau dan ummi belajar dari sifu ummi Dr Azizan....seperti biasa kalau ada apa2 komen bole komen atau email ummi kat ummiafham@gmail.com......jumpa lagi....ya...habibi......

Jumaat, September 4

baju raya la...

rata2 semua orang dah beli baju raya kan? tapi adakah korang semua tau sesuai ke tidak baju tu dengan korang. dari segi fesyen, hiasan dan paling utama warna? arini ummi nak kongsi pasal pengaruh warna dalam hidup seseorang tu. ada orang dah bertahun2 dia minat dengan satu warna ni tapi  hidup dia macam tak ceria dan berjaya. kenapa??? ini adalah kerana warna tu walaupun dia suka tapi sebenarnya telah mengawal dia dan tak menyerlahkan potensi dirinya yang sebenar.
itu la pasal sebenarnya warna memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. kalau mengikut rahsia tarikh lahir, setiap orang ada warna dia tersendiri. jadi kalau ada sesiapa yang nak tau warna kehidupan dia apa....bole email ummi di ummiafham@gmail.com....ummi akan bantu untuk dia mengenal dirinya melalui warna yang mempengaruhi hidupnya selama ni.....jumpa lagi....ya..habibi..... 

Rabu, September 2

Nak berbuka apa hari ni ek?????

Diam2 dah masuk ari ke 12 kita puasa. dah banyak resepi ummi cuba. dah naik jemu plak duduk kat dapur tu tapi keluarga ummi ni memang tak pandai makan kat luar. abi kalau ummi ajak makan diluar katanye lebih baik makan dirumah. dah tentu bersih, halal dan sedap. yelah...masa tengah wabak2 ni....cuba2 la air tangan sendiri. sesungguhnya air tangan kita ni la yang membuatkan suami dan anak2 sayang kat kita. lagi2 sebelum masak tu baca bismillah, selawat dan masa masak banyakan zikir. baca surah apa2 pun bole. cthnye inna'atainakalkauthsar...surah ni bole buat anak kita jadi sayang dan dengar cakap kita. apa yang kita cakap semasa kita masak ni, dia punye getaran tu akan meresap kat makanan yang kita masak. kalau kita cakap yang tak elok...maka yang tak elok la yang anak kita telan.
lagi satu perkara yang selalu kita2 ni dah terbuat tapi tak tau salah ke betul ke. lagi2 bulan puasa ni...selepas aktiviti malam tu kalau bole terus mandi. jangan la tido dlm keadaan junub. pas tu bila bangun sahur terus masak dan makan dalam keadaan junub. tak bole tau. kenapa? ha...yang tu kang ummi jawab dalam post yang akan datang...ya...habibi.

Isnin, Ogos 31

nak tau?.........

 
inilah abi dan ummi. gambar ni diambil masa kitorang pegi kursus Dr Azizan tu. kursus tu jatuh pada hari besday ummi. abi kata hadiah besday untuk ummi. ummi tau abi memang sayang ummi. so semalam ummi buat kejutan untuk abi pada majlis berbuka dengan adik2 kat umah. ummi masak nasi beryani kegemaran abi. pas tu ummi suruh adik ummi belikan kek kegemaran abi.
abi tak tau dan dia tak buat muka suprise pun bila dia tau kek tu ummi belikan untuk dia. dia kontrol hensem je...ummi tak tau nak cakap macam mana tapi ummi ikhlas dan sayang sangat kat abi.....ok...lain kali kita sambung cerita pasal rahsia tarikh lahir lagi.....ya...habibi....

Sabtu, Ogos 29

Dah yang ke 3 dah....

Sekiranya korang telah membaca catatan ummi yang lepas, ada tak huraian yang sama mcm korang punya kerektor?...jangan panik...ini bukan telek tapi sains metafizik yang ummi belajar dari Dr Azizan tuh. kali ni ummi nak cerita pasal orang nombor 3 plak. namakan dia si 3. si 3 ni kebanyakan jenis yang taat agama (kalau asalnya ada pendidikan agamalah), suka ikut peraturan dan agresif juga. si 3 sangat kreatif dan serba boleh. mudah dapat kawan, bijak dari segi percakapan dan boleh berfikir dengan baik.
cuma si 3 ni pengaliran wangnya aktif (kena jaga kewangan) seaktif orangnya juga dan kalau buat sesuatu kerja tu sangat sukar untuk menghabiskan....merasa bahagia bila boleh menyayangi dan disayangi. tapi jangan biarkan diri tu tenggelam dalam lautan kasih sayang tuh...hati2 takut hilang arah. kawal sikit keinginan (nafsu) tu dan harus lebih bersabar. elemen dia api dan sangat sesuai berpasangan dengan si air. sebenarya banyak tentang si 3 yang ummi nak kongsi tapi lain kali ek...seperti biasa bole email ummi di ummiafham@gmail.com atau tinggalkan ulasan..jumpa lagi..yaa...habibi.....

Khamis, Ogos 27

ORANG NOMBOR 2...

Eehhhh...jangan salah faham. bukan orang nombor '2' yang tu. maksud ummi orang yang rahsia tarikh lahir dia nombor 2. orang nombor 2 ni selalunya mudah confuse dan paling sukar untuk buat pemilihan. selalu tak percaya kebolehan diri sendiri....tak suka suasana yang kecoh2, suka keadaan yang tenang dan harmoni. pandai berdiplomasi dan menghargai orang disekeliling kerana seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati.
berhati2 agar tidak dikawal oleh orang lain kerana anda terlalu susah untuk menyatakan 'tidak'. selalu korbankan diri untuk orang lain. orang elemen api atau besi akan beruntung menjadi pasangan anda kerana anda dapat menyejukkan mereka kerana elemen anda adalah air.......seperti biasa email ummi atau tinggalkan ulasan untuk ummi perbaiki setiap post ummi...yaaa..habibi...

Rabu, Ogos 26

ORANG NOMBOR '1'

Hari ni ummi nak kongsi plak pasal kerektor atau perwatakan orang no. 1 dari rahsia tarikh lahirnya...Orang no 1 ni selalunya dikatakan neutral born leader(di lahirkan sebagai pemimpin). Tak kira la pemimpin negara ke, organisasi ke, rumahtangga ke atau persatuan. Mereka ni memang layak dan menonjol. Orangnya kuat, mempunyai pendirian dan bersungguh2. Selalunya mempunyai cita-cita tinggi, berkeyakinan dan suka pada kebebasan.

Ikhlas dan setia dalam perhubungan. Cuma ada sedikit panas baran, tidak mudah untuk menerima kritikan dan kurang diplomasi. Tapi takpe....bila kita dah tahu apa kerektor kita atau pasangan kita, lebih mudah untuk kita menyesuaikan diri mengikut keadan....seperti biasa sila tinggalkan ulasan tau atau email kat ummi@gmail.com......yahabibi.....

Selasa, Ogos 25

Aniversery.....

Hari merdeka ni aniversery ummi ngan abi. Dah 12 tahun kami hidup bersama. Alhamdullilah....kat sini ummi nak kongsi sikit. ummi ada terpegi kursus tarikh lahir yang dianjurkan oleh dr azizan. bila ummi kira tarikh aniversery ummi ngan abi dapat no akar 2. 2 tu elemen air...jadi huraiannya ialah sejuk. air fungsinya adalah menyejukkan dan menyegarkan tapi melemaskan. bila kita dah tau elemen tentang perkahwinan kita, kita senang untuk nak cari jalan penyelesaian sekiranya kita menghadapi masalah dalam hubungan kita. sebenarnya ia adalah bonus untuk kita lebih mengetahui dan mengenali pasangan kita sekiranya kita tahu rahsia tarikh lahirnya...seperti biasa sila email ummi atau tinggalkan ulasan untuk kita dapat berkongsi pengalaman dan masalah untuk kebaikan kita bersama.....

Isnin, Ogos 24

Haaiii...anakku, anakku.......

Salam,
bulan-bulan puasa ni melayan kerenah anak-anak le yang paling susah. yang paling mencabar keimanan nak melayan tukang karang makanan. ada yang nak berger lah..nasi ayam lah....stik lah...dia ingat ummi dia ni chef wan ke...buat teman-teman semua, kalau dah kalut sangat tak tau nak masak apa, ni ummi ada sertakan idea-idea apa yang nak dimasak untuk berbuka...
semalam ummi buat kuetiaw goreng dan goreng pisang tanduk. hari ni ummi buat roti john, kentang goreng dan naget. yang sebenonya kalau anak ramai ni...kalau kita masak sendiri makanan lebih jimat dari membeli. lagipun abi tak suka makanan beli...kalau nak tau resepi dan nak cuba bole email ummi atau sila tinggalkan ulasan. bertemu lagi....ya habibi....

Jumaat, Ogos 21

Doa Mahabbah (Doa Kasih Sayang)



Jadikan amalan setiap masa insyaalah dikasihi makhluk dan dikasihi Allah.

Khamis, Ogos 20

Memberi kemaafan adalah akhlak yang mulia..

Dalam kegairahan kita mengejar kesenangan hidup, kita jangan sesekali lupa akan tanggungjawab kita terhadap ALLAH. Kita juga tidak boleh lupa pada orang sekeliling yang menyayangi kita. Sekiranya ada berlaku perselisihan faham antara kita dan orang tersayang, pada bulan mulia inilah kita harus bermaafan dan melupakan persengketaan yang telah terjadi. Tidak perlu tunggu hari raya.
Sekiranya ada yang ingin berkongsi pengalaman, sila email ke ummiafham@gmail.com

Dimana letaknya kedamaian dijiwa?

Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia. Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan setiap ujian atau ganjaran yang kita dapat dalam Ramadhan ini adalah kurniaan dari ALLAH....