Pengikut

Rabu, September 30

SALAM LEBARAN.....

lamanye ummi tak update post yang terbaru...al maklum nak menyambut raye. selalunya raya ummi la yang paling buzy coz sume kita yang arrange. dari baju raye, kuih raye, rumah raye dan macam2 raye lagi la. sampai nak mengadap laptop kesayangan pun tak sempat. arini baru start puasa 6. harap2 dapat la cukupkan. dulu masa ummi nak kawin dengan abi, ummi tempuh macam2 dugaan tapi berkat puasa 6 syawal ni la doa ummi nak kawin dengan abi termakbul. masa puasa 6 tu setiap kali nak buka puasa, ummi doa pada ALLAH mintak dipermudahkan jodoh ummi ngan abi. masa puasa hari yang last(ke 6) tu, ummi doa sampai menangis mintak pd NYA. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. so kalau ada sesiapa berhajat pada sesuatu, doa dan mintak pada ALLAH mudah2an dimakbulkan......sesungguhnya Allah sangat suka bila hambanya meminta dengan bersungguh2....ya...habibi.....

Rabu, September 9

4 yang perfect....


salam, lama juga ummi tak update diary ummi ni.....ok lah. arini ummi nak cerita plak pasal orang no 4. si 4 ni orangnya sangat praktikal. tak suka cakap kosong. terlalu detail dalam sesuatu perkara dan fokus. si 4 ni ada sikit degil la dan old fashion. suka keadilan( bukan PKR tau ) dan kesempurnaan. apa yang perlu di "renovate" si 4 ni ialah kuat cemburu, iri hati dan kedekuuuut.
elemen si 4 ni kayu. orang yang bole kontrol si kayu ni adalah si besi. haaaaa.....sapa yang elemen besi kalau dapat si kayu ni bergembiralah sebab korang bole kontrol dia cukup2. ummi cuma share apa yang ummi tau dan ummi belajar dari sifu ummi Dr Azizan....seperti biasa kalau ada apa2 komen bole komen atau email ummi kat ummiafham@gmail.com......jumpa lagi....ya...habibi......

Jumaat, September 4

baju raya la...

rata2 semua orang dah beli baju raya kan? tapi adakah korang semua tau sesuai ke tidak baju tu dengan korang. dari segi fesyen, hiasan dan paling utama warna? arini ummi nak kongsi pasal pengaruh warna dalam hidup seseorang tu. ada orang dah bertahun2 dia minat dengan satu warna ni tapi  hidup dia macam tak ceria dan berjaya. kenapa??? ini adalah kerana warna tu walaupun dia suka tapi sebenarnya telah mengawal dia dan tak menyerlahkan potensi dirinya yang sebenar.
itu la pasal sebenarnya warna memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. kalau mengikut rahsia tarikh lahir, setiap orang ada warna dia tersendiri. jadi kalau ada sesiapa yang nak tau warna kehidupan dia apa....bole email ummi di ummiafham@gmail.com....ummi akan bantu untuk dia mengenal dirinya melalui warna yang mempengaruhi hidupnya selama ni.....jumpa lagi....ya..habibi..... 

Rabu, September 2

Nak berbuka apa hari ni ek?????

Diam2 dah masuk ari ke 12 kita puasa. dah banyak resepi ummi cuba. dah naik jemu plak duduk kat dapur tu tapi keluarga ummi ni memang tak pandai makan kat luar. abi kalau ummi ajak makan diluar katanye lebih baik makan dirumah. dah tentu bersih, halal dan sedap. yelah...masa tengah wabak2 ni....cuba2 la air tangan sendiri. sesungguhnya air tangan kita ni la yang membuatkan suami dan anak2 sayang kat kita. lagi2 sebelum masak tu baca bismillah, selawat dan masa masak banyakan zikir. baca surah apa2 pun bole. cthnye inna'atainakalkauthsar...surah ni bole buat anak kita jadi sayang dan dengar cakap kita. apa yang kita cakap semasa kita masak ni, dia punye getaran tu akan meresap kat makanan yang kita masak. kalau kita cakap yang tak elok...maka yang tak elok la yang anak kita telan.
lagi satu perkara yang selalu kita2 ni dah terbuat tapi tak tau salah ke betul ke. lagi2 bulan puasa ni...selepas aktiviti malam tu kalau bole terus mandi. jangan la tido dlm keadaan junub. pas tu bila bangun sahur terus masak dan makan dalam keadaan junub. tak bole tau. kenapa? ha...yang tu kang ummi jawab dalam post yang akan datang...ya...habibi.