Pengikut

Sabtu, Ogos 29

Dah yang ke 3 dah....

Sekiranya korang telah membaca catatan ummi yang lepas, ada tak huraian yang sama mcm korang punya kerektor?...jangan panik...ini bukan telek tapi sains metafizik yang ummi belajar dari Dr Azizan tuh. kali ni ummi nak cerita pasal orang nombor 3 plak. namakan dia si 3. si 3 ni kebanyakan jenis yang taat agama (kalau asalnya ada pendidikan agamalah), suka ikut peraturan dan agresif juga. si 3 sangat kreatif dan serba boleh. mudah dapat kawan, bijak dari segi percakapan dan boleh berfikir dengan baik.
cuma si 3 ni pengaliran wangnya aktif (kena jaga kewangan) seaktif orangnya juga dan kalau buat sesuatu kerja tu sangat sukar untuk menghabiskan....merasa bahagia bila boleh menyayangi dan disayangi. tapi jangan biarkan diri tu tenggelam dalam lautan kasih sayang tuh...hati2 takut hilang arah. kawal sikit keinginan (nafsu) tu dan harus lebih bersabar. elemen dia api dan sangat sesuai berpasangan dengan si air. sebenarya banyak tentang si 3 yang ummi nak kongsi tapi lain kali ek...seperti biasa bole email ummi di ummiafham@gmail.com atau tinggalkan ulasan..jumpa lagi..yaa...habibi.....